Sekolah
Menengah Kebangsaan Ade Putra merupakan sekolah yang telah menyertai Kelab
Doktor Muda bagi Daerah Alor Gajah. Majlis pelancaran dan perasmian telah
dijalankan pada 6 Januari 2016.
Pada
awal penubuhan, Kelab Doktor Muda telah disertai oleh 35 orang ahli Doktor
Muda. Pemilihan ahli dilakukan berdasarkan kriteria seperti memiliki pencapaian
akademik yang baik, minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah,
rajin, bertanggungjawab, berani, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan,
berpengaruh, berpersonaliti menarik, boleh bekerja dalam kumpulan dan mempunyai
pengetahuan am tentang kesihatan.
Murid
yang menjadi ahli semasa di tingkatan 1 akan kekal menjadi ahli sehingga tingkatan 5. Ahli kelab Doktor Muda diwajibkan
untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 7.30
pagi hingga 8.30 pagi.
Jumlah
guru penasihat yang terlibat semasa penubuhan kelab ini ialah seramai dua orang
iaitu En. Mohd Kamarul Hafiz bin Abdul Rashid dan Pn. Nuramirah binti Mohd
Kasim. Guru penasihat kelab yang dilantik bagi menjaya dan melaksanakan
aktiviti Program Doktor Muda berlandaskan modul yang dibekalkan oleh
Kementerian Kesihatan.
Jumlah
keahlian Doktor Muda sehingga kini ialah seramai 46 orang iaitu terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kelab Doktor Muda
mempunyai sebuah bilik khas sebagai bilik operasi Kelab Doktor Muda. Bilik ini
juga dijadikan sebagai bilik operasi kebersihan gigi. Bilik ini dilengkapi dengan katil, kit
pertolongan cemas, kerusi, almari, rak buku dan
meja hiasan. Selain itu, perjumpaan aktiviti kelab diadakan di Makmal
Sains sekolah kerana melibatkan murid yang ramai.
Sepanjang
penubuhan, Kelab Doktor Muda SMK Ade Putra telah menyertai Minggu Sihat Doktor
Muda di peringkat Daerah Alor Gajah bagi Tahun 2016 ( Pertandingan Kuiz, Bicara
Spontan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pencegahan Denggi. Diperingkat
sekolah pula telah diadakan aktiviti Bulan Kesihatan (Senamrobik, Bicara Info
Kesihatan, membuat buku skrap, pengedaran pamplet kesihatan, demonstrasi
memberus gigi dan mencuci tangan).
Sehingga
kini, kelab Doktor Muda SMK Ade Putra sedikit sebanyak telah mempromosikan
aspek kesihatan kepada warga sekolah.
No comments:
Post a Comment