Tuesday, 1 August 2017

BENGKEL GURU PENYELARAS DOKTOR MUDA DI JPN MELAKA 2016













Karnival Kokurikulum 2016


CERAMAH KESIHATAN DAN PENGEDARAN PAMPLET DOKTOR MUDA













PENCAPAIAN KELAB



Minggu Sihat Doktor Muda 2016. Diadakan pada 30/07/2017 di SMK Durian Tunggal, Melaka.

1.      Nurin Syazwina Fatini binti Mohammed Foudi
Johan Pertandingan Cari dan Musnah
5 Arif

2.      Nurin Syazwani Farahin binti Mohammed Foudi
Naib Johan Pertandingan Bicara Spontan Bahasa Inggeris
5 Arif

3.      Amirah Fatin Syahirah binti Azrul Hisham
Naib Johan Pertandingan Bicara Spontan Bahasa Melayu
5 Arif

4.      Nurul Hazlieana binti Hambali 
Penyertaan Kuiz Kesihatan

5 Arif







1) SEJARAH PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADE PUTRA

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra merupakan sekolah yang telah menyertai Kelab Doktor Muda bagi Daerah Alor Gajah. Majlis pelancaran dan perasmian telah dijalankan  pada 6 Januari 2016.

Pada awal penubuhan, Kelab Doktor Muda telah disertai oleh 35 orang ahli Doktor Muda. Pemilihan ahli dilakukan berdasarkan kriteria seperti memiliki pencapaian akademik yang baik, minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah, rajin, bertanggungjawab, berani, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan, berpengaruh, berpersonaliti menarik, boleh bekerja dalam kumpulan dan mempunyai pengetahuan am tentang kesihatan.

Murid yang menjadi ahli semasa di tingkatan 1 akan kekal menjadi ahli sehingga  tingkatan 5. Ahli kelab Doktor Muda diwajibkan untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Jumlah guru penasihat yang terlibat semasa penubuhan kelab ini ialah seramai dua orang iaitu En. Mohd Kamarul Hafiz bin Abdul Rashid dan Pn. Nuramirah binti Mohd Kasim. Guru penasihat kelab yang dilantik bagi menjaya dan melaksanakan aktiviti Program Doktor Muda berlandaskan modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.

Jumlah keahlian Doktor Muda sehingga kini ialah seramai 46 orang iaitu terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan.  Kelab Doktor Muda mempunyai sebuah bilik khas sebagai bilik operasi Kelab Doktor Muda. Bilik ini juga dijadikan sebagai bilik operasi kebersihan gigi.  Bilik ini dilengkapi dengan katil, kit pertolongan cemas, kerusi, almari, rak buku dan  meja hiasan. Selain itu, perjumpaan aktiviti kelab diadakan di Makmal Sains sekolah kerana melibatkan murid yang ramai.

Sepanjang penubuhan, Kelab Doktor Muda SMK Ade Putra telah menyertai Minggu Sihat Doktor Muda di peringkat Daerah Alor Gajah bagi Tahun 2016 ( Pertandingan Kuiz, Bicara Spontan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pencegahan Denggi. Diperingkat sekolah pula telah diadakan aktiviti Bulan Kesihatan (Senamrobik, Bicara Info Kesihatan, membuat buku skrap, pengedaran pamplet kesihatan, demonstrasi memberus gigi dan mencuci tangan).


Sehingga kini, kelab Doktor Muda SMK Ade Putra sedikit sebanyak telah mempromosikan aspek kesihatan kepada warga sekolah.